Namun, keadaan semasa tidak menunjukkan apa-apa peningkatan paras
air sejak lawatan yang pertama yang lalu.
Pengerusi GPRS, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kita rasa pelik
kerana sehingga hari ini, Kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa di negeri
Selangor langsung tidak mengeluarkan kenyataan, dan dalam masa yang sama, tidak
membenarkan operator air Selangor untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada
umum untuk mengetahui perkembangan semasa isu air di Selangor ini.
“Selepas lawatan pertama lalu, kita Nampak kerajaan negeri
seolah-olah tidak mahu menyambut atau keluar kenyataan rasmi. Ini terbukti
kerajaan negeri ini hanya mahu main politik sahaja, langsung tidak mahu
memberikan kenyataan yang sebenar.
Tambahnya, kita tengok hujan setiap hari tapi paras air masih juga
tidak berganjak, kalau keadaan ini berterusan, isu air ini harus menjadi isu
utama untuk ditangani dan ia akan jadi masalah kepada rakyat negeri Selangor kalau
kita tidak buat tindakan awal dari sekarang.
“Kita patut belajar dari pengalaman dan kesilapan dulu, kita
belajar pengalaman lepas apabila empangan ini diwujudkan selepas Selangor mengalami krisis air pada tahun 1997, maka
Sungai Selangor merupakan sungai terakhir, di mana empangan dibuat untuk penyelesaian
di kawasan Hulu Selangor.
Tapi di Selatan Selangor ada masalah pada masa depan, sepatutnya
kita harus belajar dari pengalaman 1997-1998 ini untuk kita atasi segera, untuk
kita satu perancangan jangka panjang, untuk penyelesaian masa depan. Jadi
kerajaan negeri hari ini bukan sepatutnya mengambil sikap mendiamkan diri
tetapi belajar dari pengalaman yang lepas,” tambahnya lagi.
Tambahnya, kerajaan negeri harus memberikan kerjasama dalam menangani
konflik ini, bukannya hanya mementingkan ideologi politik yang berbeza hingga
sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.

9:00 PM
Dah lah suhaimi, jgn nak tunjuk pandai...ekau pun apo kurangnya
10:40 PM
Ko merepek pe?? Org sibuk masalah air ko sibuk pasal nak tunjuk pandai...yg bodoh ko lahh jugak nanti