Dua Jais Yang Berbeza: Kiri, Jais Karim - kanan, Jais Sarday. |
Malam tadi, dapat panggilan dari seorang sahabat untuk meninjau
sebuah blog bernama Tipu Gila ….. apabila blog ini mengaitkan nama salah
seorang sahabat aku nak bertanding Presiden Majlis Belia Malaysia….. (baca di sini)
Kalau apa yang ditulis dalam blog nie …. Confirm menipu sebab
orang yang dimaksudkan oleh penulis blog TG adalah seorang ‘orang’ yang dah tua
dari segi umur belia memandangkan JAIS SARDAY yang dimaksudkan bukan lagi dalam
kelompok orang muda.
Jais Sarday ialah YB DUN Mahkota, Kluang Johor yang juga merupakan
EXCO Penerangan, Belia Dan Sukan Negeri Johor.
JAIS ABD KARIM….
Mungkin, Jais Abdul Karim yang cuba dimaksudkan oleh penulis blog
tersebut …. (blog yang kembali bernyawa selepas artikel terakhir pada tahun
2007) …. Yang nak bertanding jawatan Presiden MBM tu….
Jais nie boleh dikatakan layak lah
…. Layak sebab dia masih dalam usia BELIA ….. dan merupakan presiden
GPMS….. Sebuah pertubuhan yang pernah aku sertai satu ketika dulu….. dululah,
tak mungkin berpaling lagi sekarang nie …..
Jais nie bukan sahaja layak nak bertanding Presiden MBM, malah
kalau dapat jadi Wakil Rakyat pun dia confirm nak beb ….. Cuma nak tunggu…. Bilalah
aku nak panggil si Jais nie sebagai Datuk Jais.
Oleh yang demikian, aku berharap agar penulis blog Tipu Lagi agar
membuat perubahan atau RALAT dalam blog mereka… demi mengekalkan integriti dan maruah
dunia penulisan blog yang kita sama-sama cintai nie … hahahaha.
0 Komen