Dakwaan kononnya wujud gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar
Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah satu provokasi terdesak pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan UMNO di negeri itu.
Pihak yang tidak bertanggungjawab ini menyedari akan kekuatan UMNO
di negeri Johor maka mereka cuba mengganggu-gugat keharmonian dan permuafakatan
yang ada dengan melaga-lagakan kepimpinan UMNO.
Kita sedia maklum, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah semakin
hampir maka mereka ini semakin terdesak terutamanya mahu merampas Johor
daripada tangan UMNO. - UMNOJohor
Anuar Abd Manap
Ahli Parlimen Sekijang
0 Komen