Aktiviti Pererat Hubungan Pemimpin-Rakyat

UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jeram, baru-baru ini telah mengadakan program Karnival Juara Rakyat Kampung Jeram untuk mempereratkan hubungan

masyarakat setempat.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor merangkap ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro, berkata pelbagai acara yang popular di kalangan mayarakat diadakan semasa program itu.

Beliau berkata, antaranya acara pertandingan Futsal Remaja, Pertandingan Futsal Veteran, Pertandingan Bolajaring Wanita, Pertandingan Memasak, Pertandingan Tarik Tali, Sumbangan kepada warga emas, Konvoi rumah ke rumah menziarah warga emas.

“Kampung Jeram merupakan kampung terakhir dari 12 kampung yang menjalankan siri jelajah Program Juara Rakyat dalam DUN Jeram.

“Program yang sama turut diadakan dalam Parlimen Kuala Selangor. Terdapat 24 kampung dalam Parlimen Kuala Selangor.

“Program diadakan bagi mempereratkan hubungan pemimpin dan masyarakat kampung. Aktiviti melibatkan semua peringkat masyarakat baik remaja, wanita mahupun golongan veteran dengan motto yang muda di sayangi dan yang tua di hormati,” ujarnya kepada UMNO-online, hari ini.

Amiruddin berkata, agihan sumbangan turut dilaksanakan kepada warga emas yang kurang berkemampuan dan golongan memerlukan.

“Turut diadakan adalah program menziarah rumah tujuh warga emas yang uzur untuk melihat dan memberi bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka.

“Program Juara Rakyat Jelajah Kampung akan diteruskan bagi siri kedua dengan pendekatan lain. Antara yang dirancangkan ialah Karaoke Nasyid dan Marhaban pelbagai peringkat usia antara kampung-kampung di dalam Parlimen Kuala Selangor,” katanya.

Pada masa yang sama, Amiruddin dengan kerjasama MCA Dun Jeram yang diketuai Lui Boon Biau juga telah menganjurkan `Walk About’ pemberian Lilin Teratai di Pasar Jalan Sasaran sempena perayaan Dewa Kuanyin bagi masyarakat Cina, baru-baru ini.

” Lilin Teratai diberikan kepada pengunjung di pasar Jalan Sasaran, Kampung Sg Buloh. Program diadakan dengan semangat 1Malaysia mendapat sambutan hangat dari masyarat Cina. Perayaan Dewa Kuanyin disambut setiap tahun,” katanya.

Amiruddin menambah, beliau akan terus bekerjasama dengan semua komponen BN bagi memastikan BN diterima masyarakat khususnya dalam usaha merampas kembali Selangor dari pakatan pembangkang

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Teruskan usaha untuk mempertahankan Dun Jeram dan merampas selangor!!!

  2. Tahniah dan Alhamdulillah. Seharusnya kerja-kerja sebegini diteruskan sepanjang masa.

    Aku yang Bingai
    Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

  3. Masa untuk terus bekerja keras..... Kalau terus lalai dan yakin masih amat kuat, maknanya rakyat akan menghukum UMNO dan BN pada PRU akan datang

Post a Comment