Pas Mahu Kilang Arak Taja Calon PRU-13 -Pemuda UMNO


Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menawarkan tapak membesarkan kilang arak seolah-olah Pas bukan sahaja mahu menggalakkannya, malah mahu mempromosi dan mendapat perhatian syarikat arak itu menaja sepenuhnya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Shaari, berkata tindakan Khalid dan Pas itu ibarat ‘ada udang di sebalik batu’ untuk mendapat sokongan dan dana memenangi PRU-13.

“Tahniahlah kepada Pas, inilah bukti janji-janji yang dimainkan mereka sebelum mereka dapat memerintah seperti di Selangor ini iaitu konon mereka akan tutup kilang Carlsberg ini.

“Tetapi kini setelah berkuasa mereka bukannya menunaikan janji mereka sebaliknya mereka bersedia memberikan kawasan yang lebih luas bagi mengembangkan Kilang Carlsberg,” katanyanya ketika dihubungi UMNO-Online, hari ini.

Khalid di dalam tulisannya pada Jumaat 6 Ogos lalu bertajuk ‘Lawatan Kerja Ke Kilang Carlsberg’, antara lain mengisahkan, “Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.”

“Maknanya, Pas bukanlah parti benar-benar hendak memperjuangkan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini sebaliknya mereka lebih ‘western’ daripada UMNO,” ujar Azahari Shaari, Ketua Pemuda UMNO Shah Alam.

Azahari berkata, tindakan Khalid dan Pas itu jika terlaksana kelak tentunya akan memberi kesan negatif kepada anak bangsa.

“Maknanya, Pas bukanlah parti benar-benar hendak memperjuangkan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini sebaliknya mereka lebih ‘western’ daripada UMNO,” ujarnya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    3:39 PM

    sedara, lesen kilang ni kerajaan mana yg keluarkan ? , bukan ke kerajaan umno yg keluarkan, jgn nak kait kan pakatan rakyat, kerajaan sekarang berusaha nak mengawal balik taik 2 yg ditinggalkan umno

  2. Anonymous
    3:54 PM

    anon 3.39, kerajaan mana yang memerintah sekarang? Adakah kerajaan sekarang tidak berkuasa untuk menarik balik lesen kilang arak? Dan kenapa PAS berjanji akan menutup kilang arak kalau tidak mampu melakukannya?

  3. Anonymous
    3:56 PM

    kalau lu orang tahu dulu kerajaan umno bagi lesen, sekarang lu jadi kerajaan. jadi kenapa tak tak tarik balik. inilah hasilnya kalau manusia yang hidup hanya nampak buruk orang tapi taik kat kain sendiri tau terbau. berkokok siang malam tapi ekor sendiri penuh dengan taik.

  4. Hujah Kepala Lutut
    4:04 PM

    Anon bangang 3:39, nak mengawal balik 'taik2 umno' dengan memberikan tapak kilang arak yg lebih luas ?

    Lu cerita apa ni bro, mabuk todi ker?

    Takebeer !

  5. Anonymous
    4:21 PM

    bodoh punya anon 3:39, la ni hang(pakatan) berkuasa, apa lagi tutup la kilang arak tu sebagai mana dijanjikan dalam kempen pilihanraya dulu, dah menang salahkan orang, apa punya manusia jenis pakatan ni.

  6. Anonymous
    4:33 PM

    anon 3:39
    lesen carsberg tu sbnarnya dah tamat thn lepas,tp diperbaharui semula dan diluluskan KERAJAAN NEGERI.kuasa meluluskan terletak pd KERAJAAN NEGERI BKN PUSAT!!jd jgn nak tuduh org lain bila buat salah.kau ni dgr pmimpin ko ckp terus jaja merata.dia tipu ko 10x tipu.
    Mana ada pemimpin2 pr bila buat salah akan mengaku,mesti cari org lain utk dikambing hitamkan

Post a Comment