“Sebenarnya kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas kerana ADUN kerusi tersebut sudah lama sakit. Apa yang saya boleh cakap, semua persiapan awal sudah dilakukan.
Faktor kemenangan di DUN Galas ada banyak, kita tidak boleh mengharapkan Tengku Razaleigh Hamzah sahaja, kita semua kena bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon kita. Kita menyedari peranan beliau amat penting, terutamanya menarik pengundi Melayu dan orang asli, beliau ada pengaruh yang amat besar di situ,” ujarnya selepas mengetuai kunjungan Pemuda UMNO ke Kumpulan Media Karangkraf dan Sinar Harian petang tadi.
Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO yakin dan tidak menolak kemungkinan untuk BN meletakkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon yang paling sesuai di DUN Galas kerana pengaruh beliau di Gua Musang.
“Saya yakin Tengku Razaleigh sendiri pun tiada masalah untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen serentak. Jika dibandingkan pembangkang mereka lebih banyak memegang kedua-dua jawatan berkenaan serentak.
Namun, jika beliau menolak menjadi calon, kita perlu pastikan calon itu nanti disokong oleh beliau. Ini penting kerana kita perlu perkukuhkan pengundi UMNO dahulu di kawasan tersebut. Kebanyakan penyokong UMNO di Gua Musang adalah penyokong tegar Tengku Razaleigh,” tambahnya.
Dalam hal ini, Pemuda bukannya bermaksud mengatakan bahawa calon BN ditentukan oleh Tengku Razaleigh kerana calon BN ditentukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi biarlah calon dipilih setelah kepimpinan berbincang dengan Tengku Razaleigh sendiri.
“Apabila Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman Tengku Razaleigh sebagai ketua, ia adalah isyarat bahawa kita bersedia untuk mengubah format. Biasanya pengarah operasi adalah Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, tetapi kita memberi peluang kepada Tengku Razaleigh kerana kekuatannya di Gua Musang.
Dalam perkembangan yang sama, kita harus melihat krisis keyakinan di kalangan pengundi muda amat serius terutamanya pada pilihan raya umum 2008. Tetapi pada tiga pilihan raya kecil lalu, terutamanya di DUN Manek Urai, DUN Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor, kita lihat saluran 3 dan 4 iaitu undi golongan muda, sokongan kepada UMNO kembali meningkat malah kita menang saluran muda di kawasan ini,” tambahnya.
Sedikit sebanyak, ini memberikan isyarat jelas bahawa orang muda mula kembali kepada UMNO. Sedikit penambah-baikkan gerak kerja Pemuda, seperti penubuhan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Unit Media Baru Pemuda, UMNO boleh mendekati orang muda, pengundi muda khususnya di bandar.
”Dulunya kita sinonim dengan Pemuda Masuk Kampung, tetapi sekarang kita cuba buat Pemuda Masuk Bandar pula. Kita cuba mendekati mereka menggunakan media baru, kerana kita tahu pemuda di bandar lebih dekat dan senang dengan media baru contohnya dalam facebook, twitter dan sebagainya. Kita cuba yang terbaik. Alhamdulillah saya melihat ada perubahan sedikit,” ujarnya.


10:37 PM
Harap-harap PEMUDA tidak tunjuk samseng terlampau. Belum tentu orang suka...
Selamat Berjaya!
1:34 AM
Harap kali ni segala jentera UMNO dan BN dapat berkempen secara elegan dan tersusun cantik. Jangan buats erangan peribadi, jangan menghina diri atau keluarga lawan, jangan memperlekehkan pegangan agama dan bangsa..
beri keutamaan kepada kepincangan penradbiran, kelemahan membuat keputusan, kekurangan dasar-dasar negeri, kemelesetan ekonomi dan pendidikan rakyat, pengganguran, penyalah gunaan dadah dan segala kesumbangan sosial yang lain... serta kelonggaran hubungan PKR. PAS dan DAP
tujukkan di mana kelebihan UMNO dan BN dalam perkara ini ..