Lagi Laporan Polis Terhadap Perhimpunan Bersih


Sabak Bernam, 16 Jun- Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar Dan Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam bergabung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernama tengahhari tadi berhubung perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, perhimpunan Bersih ini dicipta hanya untuk mengalihkan isu krisis moral kepimpinan PKR dan kesan Penolakan kepimpinan ulamak dalam pemilihan Pas baru-baru ini.

”Hakikatnya Pilihan Raya Umum ke12 telah berlalu, dan membuktikan bahawa proses pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang bersih dan adil, dan kemenangan serta penguasaan pakatan pembangkang memenangi lima buah negeri, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak serta menguasai kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, menjelaskan segalanya.

Jika pilihan raya di Malaysia tidak bersih, mana mungkin mereka boleh memenangi dan menguasai pentadbiran lima buah negeri tersebut sebelum Perak kembali bersama BN selepas setahun ditadbir PAS?,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dan NGO memohon kerjasama pihak berkuasa khususnya pihak Polis Di Raja Malaysia agar mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan tersebut.

”Cukup-cukuplah menyusahkan rakyat. Jangan kerana kepentingan peribadi, ketenteraman rakyat digadaikan. Jangan kerana kepentingan peribadi, masa depan dan nama baik Malaysia diburukkan di mata dunia dengan perhimpunan Bersih yang kotor ini,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. kes karpal singh dulu pun
    berpuluh laporan polis dibuat
    last last pun sapa yg menang.
    Bilangan laporan tak semestinya menda tu betul.
    porah cit

  2. ada dua kelompok yang terang terang cakap nak buat kacau.
    mereka inilah yg nak mengganggu ketenteraman awam.

Post a Comment