Filem Bukit Kepong Berdasarkan Kajian Menyeluruh, Bukannya Hentam Keromo – Jins Shamsuddin

Kuala Lumpur, 13 September- Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin sebaliknya kajian menyeluruh termasuk mendapat bantuan pihak Polis bagi memastikan ketulenan dan kesahihan sejarah tragedi berdarah 23 Februari 1950an itu.

“Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat file mini terlalu mahal.

Saya telah penyelidikan rapi termasuk menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis,” ujarnya.

Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis,” tambahnya lagi.

Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara. Sejarah ini kita kena buat penyelidikan, kita tidak boleh suka-suka hati buat.

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.

“Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment