Pas Terus Derhaka Kepada Sultan Selangor

Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor kesal dengan kebiadapan pihak Pas yang terus mempergunakan masjid sebagai gelanggang politik mereka sekaligus engkar dengan arahan dan sengaja mahu mencabar arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana pihak mempergunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik yang bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Ketua Pemudanya, Mahmud Karim berkata, namun kebiadapan khatib yang membaca khutbah Jumaat di Masjid As Salam, Bukit Sentosa, Ustaz Mohd Naim Mohd Hashim yang baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan jemaah yang hadir, kerana khutbahnya mampu memecah-belahkan umat Islam di kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

“Antara yang diungkapkan dalam khutbahnya ialah menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berhubung isu perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM. Khatib juga menyatakan tokoh-tokoh seperti Tuanku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak sebagai tidak perlu diagung-agungkan sebagai tokoh kemerdekaan kerena mereka merupakan anak buah penjajah.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Hulu Selangor telah bersama salah seorang kariah Masjid As Salam, Bukit Sentosa untuk membuat laporan polis berhubungan tindakan Ustaz Mohd Naim semalam, kami mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan terperinci agar perkara sebegini tidak lagi berulang,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, khutbah Jumaat Ustaz Mohd Naim turut usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh merosakkan minda dan pegangan umat Islam dan generasi muda hari ini melalui pengisian makna kemerdekaan.

“Dia turut menuduh kerajaan BN kononnya bersekongkol dengan Yahudi dengan mengamalkan dasar melalaikan umat Islam seperti hiburan melampau, ketagihan dadah dan perjudian.

Dia turut mengatakan dasar kerajaan BN yang tidak sesuai diikuti penduduk Islam sambil membidas penerapan konsep “merdekaraya” yang didakwa melanggar hokum syarak. Khutbahnya juga mengajak menjatuhkan kerajaan BN kerana dikatakan diwariskan daripada penjajah,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, laporan polis oleh penduduk dan kariah Masjid As Salam dibuat kerana mereka tersinggung dengan perkara-perkara yang dituturkan oleh khatib tersebut yang terang-terangan berbaur politik dan melanggah titah DYMM Sultan Selangor supaa masjid-mashid dan surau serta khutbah Jumaat tidak dipolitikkan sebagaimana surat pekeliling rujukan (64) dalam. Pej. DYMM. Sul. Sel.M/3/01. Jld 18 bertarikh 30 Ogos 2010.

“Khutbah tersebut juga turut melanggar arahan JAIS kepada semua Nazir seluruh negeri Selangor atas isu yang sama rujukan JAI.SEL.BPM/01/006/2(65) bertarikh 9 Ogos 2011.

Saya difahamkan bahawa khatib ini telah lama mengadakan ceramah di Masjid As Salam dan surau-surau di seluruh kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Pemuda UMNO Hulu Selangor mohon pihak berkuasa membuat satu siasatan dan tindakan ke atas Ustaz Mohd Naim dan juga mana-mana AJK Masjid Bukit Sentosa yang terlibat dengan membenarkan khutbah berbaur politik dan fitnah ini,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment