Cadangan Sekolah Wawasan Untuk Bendung Generasi Rasis - Zahrain

Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata cadangan supaya kerajaan mewujudkan sekolah wawasan untuk semua kaum di negara ini tidak bermakna sekolah pelbagai aliran perlu dimansuhkan.

Beliau berkata kenyataannya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat pada 12 Okt lepas telah disalah tafsir oleh akhbar Makkal Osai dan Tamil Nesan, yang mendakwa wakil rakyat itu menyarankan agar sekolah pelbagai aliran di negara ini dimansuhkan.

Zahrain berkata apa yang dinyatakan ialah kegagalan sistem pelajaran di Malaysia, dan beliau meminta kerajaan mewujudkan sebuah sekolah wawasan di negara ini.

"Saya tidak kata agar kerajaan menutup sekolah jenis Tamil dan Cina, tetapi mewujudkan sebuah sekolah wawasan, iaitu satu sistem sekolah untuk semua kaumdan memperkenalkan mata pelajaran seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam sekolah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata dengan kewujudan mata pelajaran tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Tamil, pelajar berketurunan Cina dan India tidak perlu lagi ke sekolah jenis kebangsaan seperti yang berlaku sekarang.

Katanya, beliau berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran akan melahirkan generasi baru yang rasis serta memikirkan kepentingan kaum masing-masing sahaja.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment