Musa Ingatkan Pemimpin BN Elak Perselisihan Faham, Kukuhkan Perpaduan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan anggota dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah agar berusaha mengelak sebarang perselisihan faham demi keutuhan parti berkenaan.

Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata jika wujud sebarang perselisihan, ia perlu diselesaikan secara berhemah.

"Kita bersama-sama hendaklah memastikan kita (terus) bekerja sama dan

berganding bahu. Jangan ada wujud selisih faham antara kita sendiri. Apa juga masalah yang timbul, sama ada di kalangan BN mahupun dalam UMNO, kita boleh selesaikan secara persahabatan dan secara keluarga.

"Ini yang baik untuk kita semua kerana kita dalam BN adalah satu keluarga

yang besar, yang sudah lama memerintah negara. Kita mempunyai bukti dan trek rekod bahawa BN mampu memimpin negara ini dengan baik," katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tanjung Batu dekat sini hari ini, yang dihadiri ribuan rakyat dan pemimpin masyarakat setempat.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran,

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, Adun Apas Datuk Syed Abas Syed Ali, Adun Sulabayan Datuk Harman Mohamad, Adun Bugaya Datuk Ramli Marahaban dan Adun Merotai Pang Yuk Ming.

Musa berkata kerajaan BN selama berpuluh tahun sudah membuktikan kemampuan membawa kemakmuran kepada rakyat serta negara, bukan seperti pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun tidak mampu menunaikannya.

"Jangan sekali-kali terpengaruh dengan anasir atau individu atau parti

pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuma ingin melihat kita berpecah belah dan hidup susah," katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata BN berupaya merampas semula kerusi DUN Sri Tanjung, yang kini dikuasai DAP, jika rakyat dan pemimpin terus bersatu dan bekerjasama menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BN tidak mahu angkuh, namun perkara itu boleh berlaku jika pemimpin nya terus turun padang, bekerja keras membantu rakyat dan kurangkan bercakap seperti yang diamalkan kerajaan BN Sabah selama ini.

Musa turut meminta semua Adun di Sabah menyenaraikan projek yang diperlukan rakyat di kawasan mereka, dan menyerahkannya kepada Pegawai Daerah atau Presiden Majlis Perbandaran masing-masing untuk diteliti sebelum dilaksanakan kerajaan.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    10:33 PM

    Pembangkang mahu semua isu berpihak kepada mereka. Kalau pihak lawan ganti perkataan buah pala dengan buah dada, mereka melenting seolah-olah ia satu kesalahan amat besar.

    Tetapi dalam isu bendera kebangsaan dan Manoharan dari Dap yang sepatutnya dianggap kesalahan besar dalam konteks patriotisme tetapi ianya berakhir dengan pihak Dap hanya bermain silap mata iaitu pantas ambil tindakan tetapi sepantas itu juga ianya ditarik.

    Makanya jangan hairan kalau pembangkan cepat menghulurkan janji tetapi cepat jua mereka melupakan janji berkenaan macam buah pala tadi.

Post a Comment