Pembangunan Pendidikan Penting Untuk Modal Insan- TPM

TPM, TS Muhyiddin Yassin ketika berucap di Majlis Perjumpaan Pelajar dan Guru Sekolah Agama di ILP Kuala Langat berkata, pembangunan pendidikan penting untuk modal insan. Pendidik harus mempunyai minda holistik dan faham tentang dasar-dasar kerajaan dalam mengubah negara dengan ruang lingkup lebih besar iaitu dengan konsep transformasi.

Contohnya Somalia, negara Islam yang kaya dengan hasil bumi tapi berperang sesama sendiri, akhirnya rakyat hidup kebuluran.

Di Malaysia aman, kita mampu uruskan negara sendiri sehinggakan ramai pemimpin antarabangsa datang dan minta bantuan pemimpin kita.

Tambahnya, selesaikan tanggungjawab Islam ukhrawi & duniawi. Lihat konteks Islam lebih luas, selaras tuntutan agama untuk fardu ain dan fardu kifayah.

Soal ilmu penting, kerajaan tidak berkompromi beri bantuan dlm soal penambahan ilmu, beri bantuan lanjutkan pengajian, beri biasiswa kerana tidak mahu warga pendidik terbatas & terkongkong dgn apa yang ada saja.

“Tiada politik kerajaan bagi bantuan kepada sekolah agama termasuk Maahad Tahfiz dgn syarat menjadi sekolah agama bantuan kerajaan Maahad Tahfiz. Kerajaan Pusat beri bantuan atas soal pendidikan tanpa mengira soal politik,” ujarnya dalam sesi soal jawab dengan warga guru-guru sekolah-sekolah agama seluruh Selangor pagi tadi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment