Zulkifli Nordin Sedia Sahut Cabaran Berdebat Dengan Aziz Bari

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bersedia menyahut cabaran Prof. Aziz Bari untuk berdebatnya berkaitan dengan isu kuasa Raja atau Kuasa Sultan Selangor berkaitan hal ehwal Islam dari segi perlembagaan.

“Saya bersedia berdebat dengan dia, di mana sahaja yang dia hendak, di hadapan pelajar dia di UIA pun boleh dan kalau dia nak panggil pengikut dia ramai-ramai pun tidak ada masalah.

Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan sebelum kita adakan debat itu, iaitu dia perlu minta maaf dulu dengan Sultan Selangor sebab majoriti berpendapat bahawa tindakan dia mempertikai titah Sultan Selangor adalah biadap dan kurang ajar,” ujarnya di Lobi Parlimen sebentar tadi.

Beliau teguh dengan pendiriannya bahawa kenyataan Aziz yang mempertikai titah Sultan Selangor sebagai biadap dan kurang ajar bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

“Saya juga mengulangi cabaran saya agar Aziz Bari meletakkan jawatan. Saya akan gunakan peluang dalam bahas tersebut untuk menunjukkan kepada rakyat siapa sebenarnya Aziz Bari ini.

Zaman dia pada tahun 70-an dulu, siapa dia? Buku-buku terbitan dia, siapa yang terbitkan? Peranan dia dalam kerajaan Selangor sekarang, ini rakyat tidak tahu. Dia memakai jubah pensyarah UIA, bagi saya ianya satu penghinaan kepada dunia akademik untuk ada orang seperti Aziz Bari ini,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli minta Aziz menceburi bidang politik, sebab dia menuduh Sultan Selangor memihak sedangkan dia yang selalu mengambil pendekatan memihak.

“Saya telah beberapa kali berforum dengan dia, malah sudah beberapa kali saya menegur dia, kalau nak berpolitik berpolitiklah betul-betul. Salah satu contoh yang terbaik yang saya boleh tunjuk, apa kena mengena kedudukan dia sebagai pensyarah akademik Fakulti Undang-Undang untuk mempersoalkan Pemilihan PAS, tidak ada kena menggena langsung.

Dia mempertikaikan kedudukan Presiden PAS, Haji Hadi dengan mendakwa Haji Hadi tidak layak lansung untuk menjadi Presiden PAS dan dia bagi sebab kerana Haji Hadi (dia tuduh Haji Hadi) sebagai penghalang cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Apa kena menggena dengan kedudukan dia sebagai pensyarah Fakulti Undang-Undang?”, tambahnya.

Ujarnya, tidak ada masalah kalau nak berpolitik malah banyak pensyarah di UIA malah di university-universiti lain, pensyarah-pensyarah menyokong pembangkang. Itu tak jadi masalah, tetapi jangan terlibat dengan politik kepartian. Ini sudah melangkau kedudukan dia sebagai ahli akademik.

Zulkifli juga mencabar Aziz Bari untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, malah kalau nak bertanding di Kulim Bandar Baharu pun tidak menjadi masalah.

“Nak bertanding ata parti apa pun tak kisah. DAP boleh, PKR boleh itupun kalau mereka nak terima, kalau tak buka parti ‘tupperware’ pun boleh. Saya bersedia, malah saya juga bersedia menyahut cabaran dia untuk berdebat, Cuma satu syaratnya, dia kena minta maaf dengan Tuanku Sultan Selangor dulu di atas kebadapan dan kurang ajar dia.

Ini kerana saya tidak mahu ‘kaum Anwarinas’ yang bising-bising kat blog, kat intenet yang kata saya tak berani berdebat dengan Aziz Bari. Saya tidak ada masalah dengan Aziz Bari ini,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    7:43 PM

    Conceivably you could contrive an advance from your employer as an alternative of applying as a replacement for a payday loan. If your gaffer pass on disenchant you have an assist from your give someone a bribe, you could save a bundle compared to the moment lenders care on payday loans. You essential look [url=http://paydayloangoo.co.uk#Payday-Loan-Goo]paydayloangoo.co.uk[/url] such as electricity bills, give someone a ring bills, medical bills, home renovation, recognition birthday card dues, combining expenses, due grocery bills and other utilities. transactions. 3. He should be semi-annual employed earning utter revenues working within the same organization. 4. The borrower should be having the capability of repaying http://paydayloansukin.co.uk#instant-payday-loans The applicant should survive in considerations the following stated requirements to pick up worthy as a replacement for the accommodation:

  2. Anonymous
    10:19 AM

    http://swedenviagracialis.net Viagra, stay in ambivalent that the more you proceedings at a age, the less it is going to cost you suitable the want term. Instead of example, purchasing a weight of ten is prosperous to be more precious per cough drop than purchasing a extent of one hundred. Certainly, that

Post a Comment