Bonus dan gaji minima, layanan MB kepada kakitangan awam Selangor tidak adil

Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang menyebut Selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Menteri Besar hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada empat buah anak syarikat negeri Selangor sahaja.

“Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di Selangor ? Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam Selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.

Dari segi pemberian bonus pula, MB juga memilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan Pkns yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau RM500 sahaja,” ujarnya kepada dalam satu kenyataan kepada media.

GAPS turut mempersoalkan di manakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan PKNS pada tahun ini.

GAPS juga mendesak kerajaan negeri Selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri Selangor,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

95 Komen

Post a Comment