Dari rumah urut hingga ke
rumah kos rendah hingga ke masalah sampah ternyata slogan kononnya Selangor
negeri berkebajikan hanyalah temberang semata-mata.
Malah selepas tiga tahun
Pilihan Raya Umum (PRU) 12 berlalu banyak lagi janji-janji pembangkang yang
belum ditunaikan seperti elaun warga emas, elaun kanak-kanak tadika, nursery,
elaun suri rumah sepenuh masa, turun cukai pintu dan pelbagai lagi janji yang
ditaburkan.
Mengulas perkara tersebut Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata
pembangkang sememangnya tidak tahu malu kerana terus membuat janji-janji baru
sedangkan janji tiga tahun lepas pun mereka tidak mampu tunaikan.
“Kita lihat, dua tahun lalu
Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian subsidi air kepada rakyat namun sehingga
kini hanya 35 ribu rumah yang mendapat subsidi tersebut. Kerajaan negeri masih
berhutang subsidi air kepada 350,000 rumah lagi.
“Sudah dua tahun perkara ini
tertunggak. Mengapa ia tertunggak? Jawapannya adalah kerana Kerajaan Negeri
tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan janji mereka ini. Mereka tidak
mampu.
“Kita lihat pula isu yang
sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu isu sampah. Mengapa Kerajaan
Negeri memecat dan menyingkirkan Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) yang ternyata
mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tugas-tugas mengutip sampah.
“Ini kerana mereka sudah
terikat dengan janji-janji kepada kroni mereka. Dahulu mereka menjanjikan
pelbagai projek dan kini mereka terpaksa memberikan projek mengutip sampah
kepada kroni mereka walaupun sedar kontraktor baru dilantik oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) di seluruh Selangor itu tidak mampu untuk melaksanakan amanah
yang diberi,” katanya hari ini.
Beliau turut mengingatkan
Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan melebihi RM500 juta setahun bagi
menyelenggara kos pembersihan dan sisa pepejal.
Jelasnya dengan menamatkan
perkhidmatan AFSB dan melantik kontraktor-kontraktor baru, tidak mustahil
peruntukan ini ‘dicuri’ dan disalahgunakan.
“Saya tidak menuduh tetapi
berkemungkinan kerana mustahil dengan kos yang sebanyak itu masalah sampah
tidak mampu diselesaikan,” tambahnya lagi.
Tambah Isa lagi, ini belum dikira
janji pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat Selangor yang masih tidak nampak
hala tujunya.
Beliau yang juga Timbalan
Ketua UMNO Hulu Selangor berkata jelas dan terbukti, pakatan pembangkang tidak
mempedulikan nasib rakyat kerana mereka hanya gilakan kuasa.
“Bila mereka telah mendapat
kuasa, janji mereka hanya tinggal janji. Yang merana dan tersiksa adalah
rakyat.
“Jadi, rakyat di Selangor
harus berfikir dengan baik. Adakah mereka mahu terus membiarkan pakatan
pembangkang memerintah Selangor pada masa akan datang ataupun mengembalikan
Selangor ke pangkuan Barisan Nasional dan masa hadapan rakyat akan kembali
terbela,” ujarnya.
5:55 PM
bosan tol ngan politik.. macam macam berlaku.. esok begitu.. hari ni begini..
jadi pru nanti pangkah la sesaper yg korang rasa sesuai dan membantu korang..
apapun.. layan radio dengan tv live lagi best..
http://liveradio.super-resources.com/category/tv-channels/
http://liveradio.super-resources.com/category/live-radio-all/