Barisan Nasional (BN) negeri
Terengganu yakin mampu mempertahankan kedudukan pada pilihan raya umum
ke-13 malah percaya dapat memenangi tambahan empat hingga lima kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Said berkata apa yang penting jangan ada gunting dalam lipatan atau ada
orang yang menikam dari belakang semasa sendiri.
“Insya-Allah, mudah-mudahan Allah merahmati kita,” katanya sempena
sambutan 50 tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di sini
hari ini.
Ahmad berkata wakil-wakil rakyat serta pemimpin setempat perlu
turun padang untuk bertemu rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.
Dalam pada itu, Menteri Besar berkata sebagai ejen parti, anggota
Kemas hendaklah bekerja dengan ikhlas dan lebih bertanggungjawab lagi dalam
menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat.
“Kita perlu memperkemaskan jentera parti untuk pastikan kita
menang dengan cemerlang dalam pilihan
raya nanti,” katanya.
Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dengan BN menguasai 24 kerusi
DUN pada pilihan raya umum 2008 manakala Pas menang di lapan kerusi DUN. Enam
kerusi Parlimen turut dimenangi BN manakala dua lagi oleh Pas.
0 Komen