Projek Ukay Bistari- Kebodohan Exco Perumahan Selangor Memalukan Khalid Gagap



Sabtu lepas, DS Noh Omar telah turun ke kawasan parlimen Azmin Ali untuk berjumpa dengan penduduk Ukay Bistari dalam program penyerahan kunci rumah untuk satu projek yang telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan BN selepas tertangguh sejak sekian lama.
Dalam kenyataan pendek DS Noh didalam blog beliau mengatakan bahawa:- 
"Saya ingin mengulangi kenyataan saya baru-baru ini bahawa ini bukanlah satu agenda Barisan Nasional untuk memancing undi tetapi sebagai satu tanggungjawap yang harus ditunaikan selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".


Sebenarnya ada beberapa perkara menarik tentang projek perumahan ini. Pertama adalah sikap Azmin sendiri yang cuba mendapatkan political mileage bilamana dia mendapat tahu akan kehadiran DS Noh Omar untuk berjumpa dengan penduduk Ukay Bistari. 


Di dalam twitter bermacam-macam status diberikan seolah-olah mereka yang bertanggungjawap sepenuhnya terhadap projek tersebut. Lebih menarik kenyataan beliau disanggah oleh Dr Rafik Presiden VICTIMS satu NGO yang memperjuangkan nasib penduduk Ukay Bistari. Berikut adalah antara kenyataan Azmin Ali dan juga jawapan balas daripada Dr Rafik.






Sumber: Kita-Gempur & DSNO
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment