Pembangkang Nafi Hak Pemimpinnya Bersuara- Mukhriz



Arahan "tutup mulut" yang dikenakan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah satu lagi bukti pembangkang menafikan hak pemimpinnya bersuara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan itu juga mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang tidak boleh menerima pandangan yang tidak memihak kepada mereka.

"Sesiapa yang menonjol dengan pandangan bertentangan prinsip dalam pakatan akan menerima padah, yang jelas menunjukkan mereka tidak telus dan ikhlas memperjuangkan demokrasi kononnya diamalkan oleh parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul di Kampung Wang, Kodiang berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai arahan agar Azizan berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai penggantungan lima penuntut Kuin.

Azizan dalam laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang memberi arahan tersebut.

Universiti itu menggantung lima pelajarnya kerana membantah tindakan Kuin mengarahkan pelajarnya mengosongkan asrama untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari tahun lepas.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment