Akhirnya Pengurus Besar YAYASAN SELANGOR Mengaku ….


"Cibaaiiii .... Nape kau mengaku setan .... Apa yang kita buat, semuanya betul... Kita tak  lemah"..


Akhirnya ….Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki hari ini mengakui wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010, termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke- 40.

"Terdapat kesilapan dalam perbelanjaan Yayasan Selangor yang bertentangan bukan hanya dengan garis panduan kewangan negeri tetapi juga asas perbelanjaan berhemah," katanya pada pendengaran awam yang dikendalikan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)berhubung perkara itu di sini, hari ini.

Yayasan Selangor sedang disiasat, antara lain, berhubung dakwaan berbelanja lebih RM1.4 juta untuk pelbagai acara pada 2010, menyebabkan banyak pihak mendesak supaya satu siasatan dijalankan mengenai "kemewahan" yayasan pelajaran negeri.

Ilham berkata antara kesilapan yang dilakukannya ialah dengan tidak memaklumkan lembaga amanah berhubung cadangan perbelanjaan termasuk majlis makan malam gala sempena ulang tahun yayasan yang ke-40.

"Kami gagal mendapatkan semula pendahuluan yang dibayar kepada pengurus acara".... wow!!! Duit rakyat hilang.... Berapa beb?

Ilham berkata beliau tidak sedar mengenai protokol yayasan apabila Yayasan Selangor memutuskan untuk membelanjakan RM270,750 bagi majlis makan malam itu, yang dibatalkan kemudian selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan untuk menghadiri majlis itu.

"Kami gagal mendapatkan semula pendahuluan yang dibayar kepada pengurus acara berikutan pembatalan majlis (pada 12 Nov, 2010), katanya.

Ilham mengakui bahawa Yayasan Selangor telah terlibat dalam kegiatan yang tidak menepati objektif yayasan bagi meningkatkan pembangunan pelajaran negeri termasuk menganjurkan satu pertandingan memancing.

Beliau berkata bayaran pendahuluan lebih 90 peratus dibuat kepada pengurus acara sebelum pertandingan itu dijalankan.

Ilham juga mendakwa bahawa RM500 juta telah 'hilang' dari Yayasan Selangor antara 1991 dan 2008, dengan mendakwa terdapat kebocoran.

Pendengaran Selcat bersambung esok.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment