Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata
kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan
tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman
Zionis.
"Pendekatan kita (ialah) boleh
bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia
mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis
," katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin
PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini, malam tadi.
Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab
soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan
berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang
untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai
kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
12:43 PM
Haji Hadi tak tahu ke yahudi yang kaya raya dan kebanyakannya ahli perniagaan menganut fahaman Zionis.
12:44 PM
Oh gitu rupanya.....
Yahudi boleh, UMNO haram.
12:50 PM
Duit hasil perniagaan tu disalur untuk bunuh rakyat Palestin....
Hahahaha!!! Bodoh kita dulu ikut saranan PAS buat kempen boikot barangan Israel....
1:01 PM
Hahahahahaha.... memang bodoh kita dulu ikut kempen PAS boikot barangan israel... la ni jadi terbalik pulak dahhh....
1:54 PM
Org yahudi dilarang menagkap ikan pada hari sabtu. Tapi memerangkP IKAN DIBENARKAN PADA HARI sabtu