Kerajaan Selangor Ramai Punahsihat, bukannya Penasihat


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor melihat perlantikan berbagai-bagai Penasihat kepada kerajaan negeri mahupun penasihat di Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai satu tindakan yang membazir dan tidak mempunyai kepentingan kepada rakyat sebaliknya penasihat yang dilantik bukan memberi nasihat yang betul sebaliknya menjadi ‘punahsihat’ kepada kerajaan negeri Selangor pada hari ini.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustaffa berkata, apa yang dapat dilihat, perlantikan penasihat-penasihat ini bukan untuk memberikan nasihat atau cadangan yang baik kepada kerajaan negeri, sebaliknya perlantikan ini dilihat mempunyai kepentingan politik kepada parti PKR, DAP dan PAS di Selangor.

“Kepentingan yang tidak berpaksikan kepada rakyat Selangor, sebaliknya memberikan kepentingan politik kepada parti-parti mereka. Apa nasihat mereka? Jual segala asset kerajaan negeri yang telah ditinggalkan dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu.

Jika dulu, Selangor ditinggalkan dengan aset yang banyak dan dilihat sebagai negeri yang cukup kaya, sebaliknya baru beberapa tahun memerintah Selangor, kini Selangor dilihat sebagai negeri yang mengalami kemusnahan ekonomi angkara nasihat-nasihat `punahsihat’ ini,” ujarnya..

Dalam masa yang sama, Safarizul melihat kemungkinan langkah kerajaan negeri menjual aset-aset kerajaan negeri ini adalah untuk membiayai segala program dan aktiviti parti khususnya dalam persediaan mereka untuk mempertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

“Kita ambil contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pihak pakatan menuduh kerajaan BN me`rasuah’ rakyat melalui BR1M ini tapi bagaimana pula dengan program ‘Jom Shopping Selangor’ yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor.

Program ‘Jom Shopping Selangor’ terbukti hanya diberikan kepada mana-mana rakyat Selangor yang terpilih sahaja oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, sebaliknya BR1M diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira apa fahaman politik sekalipun. Jangan terperanjat kalau terjumpa ramai pemimpin-pemimpin pembangkang di peringkat akar umbi ini juga tidak segan silu untuk beratur menerima bantuan BR1M,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment