Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak memohon maaf baru-baru ini kepada rakyat atas kepincangan
lampau Barisan Nasional, adalah satu contoh terbaik pemimpin yang berjiwa
besar. Tindakan beliau mencerminkan keikhlasannya untuk berkhidmat kepada
rakyat, ujar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim.
“Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan
lampau BN tetapi saya pasti rakyat pasti tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin
pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.
Saya rasa, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga harus
meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan mereka dalam
mencetuskan peristiwa berdarah 13 Meu 1969,” ujarnya mengulas ucapannya membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
Agong pagi tadi.
Tambahnya, pemimpin PAS juga harus meminta maaf kepada
seluruh rakyat Malaysia ,
khususnya umat Islam kerana membakul sampahkan perjuangan menegakkan negara
Islam. Dalam masa yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang juga
harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta
penyokong UMNO menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri
sendiri.
“Begitu juga dengan video seks seorang pemimpin
pembangkang (Anwar Ibrahim) yang kini tersebar luas di Indonesia , Jepun ,
India dan
beberapa negara serantau. Saya sendiri telah menerima puluhan panggilan telefon
dari kenalan di beberapa negara jiran yang terkejut dengan aksi lucah pemimpin pembangkang
tersebut.
Apakah pemimpin ini juga akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana
telah mendatangkan aib kepada negara. Rakan-rakan di Indonesia
kini menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai ‘Duta Porno Malaysia ’. Ini
amat memalukan negara kita,” tambahnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak pemimpin
pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di
mata dunia.
6:11 PM
Diaorg semua maksum..nasib tak..:-)
10:02 AM
Gila ke apa nak minta maaf.... PR kan parti yang hebat, parti anak-beranak yang tak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.....
Hahahahaha....
Zahrain nie nak kena kaunseling nie....