Noh Minta Kerajaan Selangor Dedah Sumber Simpanan Tunai PKPS




Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.

Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi  laporan Selangor Kini terbitan  hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan  pengurusan kerajaan pembangkang itu.

Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.  

"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan  Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment