JACKY CHAN Maut .....


Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan
Seguntor dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.
           
Ketua Polis Daerah ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.
           
Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah Bandar Sandakan.
           
Katanya jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini.

Keadaannya dilaporkan stabil.

Rowell berkata rombongan Anggota Parlimen itu dalam perjalanan pulang ke sini selepas melakukan lawatan di Pulau Bambangan.
           
Katanya sebuah lagi lori treler dan sebuah kereta yang mengekori lori tangki minyak itu turut terbabit dalam nahas itu dengan pemandu lori treler berkenaan  mengalami kecederaan.
           
Menurutnya polis telah mengambil kenyataan daripada pemandu lori tangki minyak itu untuk membantu dalam siasatan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment