Pemilihan MKT Confirm JUN 2012


Confirm, pemilihan akan diadakan Jun 2012. Pemilihan apa plak nie? Takkan pemilihan UMNO atau PAS. PKR dan DAP confirm tak lahkan sebab depa nie parti anak-beranak.

jais abd karim, Presiden
Pemilihan yang aku maksudkan ialah Pemilihan Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Khabarnya hebat gak persaingan kali nie, ramai yang dah turun berkempen kecuali Tuan Presiden.

Tahniah kepada sahabat aku, Jais Abd Karim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden buat penggal kedua kerana tidak ada tokoh lain yang layak untuk menerajui GPMS untuk penggal yang seterusnya.

Kepada yang nak berkempen dengan aku tu, tak payahlah korang nak bersusah payah sebab aku tak lagi ada kuasa untuk membantu korang berkempen…. Aku bukan lagi Pengerusi GPMS Selangor seperti tahun-tahun yang terdahulu….

Kalau korang nak cari Pengerusi baru GPMS Selangor, namanya Ismadee Asmara Dato’ Ishak yang juga merupakan Ahli MKT GPMS Kebangsaan.

ismadee asmara dato' ishak
Aku telah disingkirkan dari jawatan walaupun ada pihak yang mengatakan aku meletakkan jawatan. Kalau benar aku letak jawatan, mana surat perletakan jawatan aku….

Itu bukan persoalannya, yang penting adalah GPMS berada di landasannya untuk menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan. 4 Sedar harus dipatri dalam hati setiap pejuang dan penggerak GPMS….. Itu lebih utama.

Berbalik kepada persaingan dan perebutan jawatan dalam kepimpinan GPMS ini, ia akan bermula dari peringkat Timbalan Presiden. Khabarnya, dua nama yang bakal dilihat akan menduduki kerusi no 2 ini ialah ezaruddin Abd Rahman yang juga Naib Presiden 2 GPMS selain Setiausaha Agung, Zambri Mohd Isa.

Namun jika dicongak-congak, Ezaruddin lebih selesa menduduki kerusi no 2 nie berbanding Zambri.

Cukup setakat di sini, selepas nie kita jengok pula calon-calon Naib Presiden GPMS. Nama-nama hebat juga yang berminat jawatan Naib ini … kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…..
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. apa cer GPMS? takkan takde orang yang berani lawan presiden tu...

    dia bukannya bagus sangat....

Post a Comment