TAHNIAH anak-anak Terengganu – Ahmad Said


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini meluahkan rasa gembira kerana prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri itu  mengatasi peringkat pusat.

Terengganu mencatatkan pencapaian 95.34 peratus berbanding peringkat pusat 93.96 peratus, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini.
           
Beliau berkata daripada 2,810 calon yang menduduki STPM tahun lepas, 2,679 mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Ini merupakan peningkatan 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Ahmad yang berharap Terengganu dapat mengekalkan kedudukan sebagai negeri terbaik STPM bagi empat tahun berturut-turut.

"Saya ucapkan tahniah kepada anak-anak Terengganu serta mereka yang terlibat di mana sekali lagi menunjukkan kecemerlangan Terengganu dalam peperiksaan itu,"ckatanya.

Mengenai hanya tiga pelajar mendapat empat prinsipal A kali ini berbanding  13 orang pada keputusan lalu, Ahmad berkata perkara serupa berlaku di negeri lain.

"Ini trend kerana kita dapat maklumat negeri lain pun turut sama menurun," katanya.
           
Tiga pelajar yang mendapat empat prinsipal A itu ialah Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang; Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut dan Rosmalizai Adanan dari SMK Tengku Ibrahim, Setiu.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment