PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini
dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan.
Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus
dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.
Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku
bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk
mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.
Melihat kepada situasi yang hambar di hampir
kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti
itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah
negeri terkaya di Malaysia itu.
Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin
daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di
dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan
parti itu.
Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan
kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya
yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin
PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.
Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah
dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk
digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.
Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul
Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.
Sebagai membalas dendam terhadap dasar
politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid
mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan
bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.
Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya
mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.
Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di
beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala
kawasan-kawasan lain diabaikan.
Faktor inilah yang menyebabkan ramai
ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk
meninggalkan parti itu.
Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan
propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin
atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas
pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.
Program-program PKR tidak lagi mendapat
sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.
Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di
Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang
hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.
Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh
popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang
lebih besar.
Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR
berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.
Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka
akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan
perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan
kroninya.
Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN
Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan
raya.
Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor
penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional,
secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan
kapal Pakatan Rakyat.
0 Komen