LONDON - Andy Carroll meledakkan gol kemenangan dramatik Liverpool
yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan musuh berjiran, Everton 2-1
bagi melangkah ke perlawanan akhir Piala FA di Wembley, semalam.
Carroll, yang mencatat rekod pembelian termahal Reds, 35 juta
pound (RM169 juta), menanduk masuk bola hasil sepakan percuma Craig Bellamy
pada minit ke-87 bagi membawa Liverpool menghampiri trofi domestik kedua musim
ini selepas Piala Liga.
Jaringan tersebut merupakan yang kedua buat penyerang tinggi
lampai itu dalam tempoh lima hari setelah menjadi penyelamat Liverpool sewaktu
meledakkan gol kemenangan pada masa kecederaan dalam aksi Liga Perdana
menentang Blackburn, Rabu lalu.
... Sila dapatkan naskhah Mingguan
Malaysia hari ini.
0 Komen