Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat
Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat
bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada
bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang
meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.
Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana
telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh
retorik dan janji-janji manis.
Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara
memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya
bercakap kosong semata-mata.
Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi
berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang
iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan
rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.
Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas
bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar
kuasa asing dapat campur tangan. Untuk
itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan
menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.
Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat
seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa
benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara
keseluruhan.
Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi
isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan
jawatan.
Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit
‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh
Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan
membawa pembangkang ke mana.
Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej
pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang
peneroka dari mendapat durian runtuh.
Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri
telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan
diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan
dalam penyenaraian FGVH.
Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan
Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi
yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak
nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong
Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan
pula lagi satu bala.
Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi
diri sekali gus meraih sokongan rakyat.
Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat
memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang
hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang
besar.
Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam
pilihanraya yang lepas. Ini bermakna
pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan
Kelantan selama 22 tahun.
Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun
mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.
Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang
mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga
tidak mampu ditangani seperti masalah
pembuangan sampah dan bekalan air.
Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita
boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana
ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?
Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan
transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil
yang memberangsangkan juga. Rakyat juga
dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai
Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M,
Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan
lain-lain lagi. Golongan veteran juga
tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.
Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa
Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga
melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA)
untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.
Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang
tanpa mengira kaum.
Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga
tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas,
pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang
panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam
NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.
Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan
ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.
12:22 PM
kakakakkaka.........otak macam lembu............bodoh
12:28 PM
Hidup BN!
1:03 PM
Sssshhhhhh.....jangan cakap kuat2 nanti marah Anuwar Ibraheemm....
3:00 PM
BN bermaksud Barang Naik selepas BN menang.biar lah kan rakyat malaysia ni kan kaya raya,harta melimpah,lembu pun dah tak duduk kat kandang...sekarang lembu dah duduk kat apartment
8:05 PM
Apa??..Be End menang besar??.. jgn berminpi di siang hari... sabah sarawak dh nk hilang dari Be End..
10:46 AM
Orang yang buta dan tuli sahaja yang tak nak BN! Dasar tak bersyukur selama ni keamanan yang kita ada sebab sapa kalau bukan BN yang memerintah! Dasar manusia bahlol! Pembangkang hanya tahu menabur janji buat nya tidok!
7:00 AM
Pemimpin mcm ni korg nak jadi kan pemimpin negara anak , bapak semua ade scandal . Xabes2 . Isu macam2 . Klo pkr menang kali ini . Alamat nyee jadi sgapore laa malaysia . Lim guen eng jadi PM melayu sume jadi bodoh . Mcm lembu kene cocok idung . Hak istemewa dah xde ptptn mara hapus . China jadi ketua semua benda cina jadi boss cina jadi pm cina sume . Pas2 melayu dok noreh getah kt kmpg xde cina kacau