Siapa anak muda? Apa ertinya anak muda? Siapa yang sepatutnya
menjaga dan menyelaras pembangunan dan aktiviti mereka. Persoalan demi
persoalan seringkali dilontarkan dari segenap sudut tentang siapakah yang
paling bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan anak muda.
Bagi menjelaskan lebih terperinci, gua nak petik sedikit daripada
AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain, “aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara
objektifnya termasuklah yang berikut:
(a) untuk membina peribadi belia;
(b) untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;
(c) untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
(d) untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur
dan nilai negatif;
(e) untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap
kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
(f) untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program
pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;
(g) untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran
dan keusahawanan; dan
(h) untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap
positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen
pendidikan dan kemahiran hidup;
Sementara itu, “belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang
daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun.
Himpunan Jutaan Belia Anjuran KBS
Menurut Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), sebagai sebuah
kerajaan yang bertanggungjawab, terdapat 12 Kementerian yang terlibat secara
langsung dalam pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan
bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari
segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, Shabery menambah bahawa tidak mungkin mana-mana
kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu
negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin
ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal
orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan. Baca lagi di
Suara Generasi Baru.
0 Komen