HBN2012 VS Himpunan & Konvension Belia Selangor ...

Hari Belia Negara 2012 sudah pun bermula dengan kehadiran sudah menjangkau 600,000 lebih orang pengunjung seperti yang dilaporkan. Pelbagai aktiviti sudah dan sedang berlangsung dengan penglibatan sekian ramai belia tidak kira latar belakang mahu pun etnik bangsa.

Semalam, Sabtu 26hb Mei adalah kemuncak program dimana YAB Dato Seri Najib turut serta mengadakan lawatan dan walk about bersama warga belia.

Namun, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tetapi agak janggal apabila kerajaan negeri Selangor berkeputusan untuk mengadakan Himpunan dan Konvension Belia negeri Selangor pada tarikh dan masa yang sama.

Mengapa mereka berlaku sedemikian?

Tidakkah nanti yang menjadi mangsa kekeliruan adalah warga belia dan remaja di Selangor. Sepatutnya kerajaan negeri lebih peka dan mengambil initiatif yang berbeza melaksanakan program mereka pada hari yang lain.

Ataupun kerajaan negeri rasa tercabar dan tergugat dengan Kerajaan Pusat bersama Majlis Belia Malaysia mengadakan program yang sebegitu meriah untuk warga belia dan golongan muda di Malaysia.

Ianya telah terbukti sewaktu Hari Belia Negara pada 2011 yang mendapat sambutan sebegitu memberangsangkan.

Kami warga belia dan remaja tidak mahu dilaga-lagakan. Gajah sama gajah bergaduh pelanduk mati di tengah-tengah.

Sepatutnya kerajaan negeri Selangor membawa warga belia dan orang muda Selangor ke arah konsep kesatuan dalam kepelbagaian seperti yang dilaungkan.

Janganlah disebabkan faktor mahu meraih pengundi muda, warga belia dan orang muda Selangor didagangkan. Kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengambil ikhtibar seperti pepatah, "Pipa Kosong Nyaring Bunyinya".


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment