NGO Desak Kerajaan Selangor Tunai Janji PRU



Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun secara aman di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Khamis ini bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Selangor berhubung janji-janji yang masih tidak tertunai.

Setiausaha Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia (PPPM) K. Vijiya berkata 1,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan itu dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Vijiya berkata antara yang dipersoalkan adalah mengenai janji-janji calon parti pakatan yang diberikan semasa kempen pilihan raya umum lepas antaranya untuk menyelesaikan masalah penduduk seperti di Kampung Bunga Raya, Subang, membina dua bonggol jalan di hadapan kuil di Sri Muda.

"Dahulu semasa tiada duit mereka berjanji macam-macam tetapi apabila dipilih jadi wakil rakyat tidak banyak yang dilakukan mereka," katanya hari ini.
Pengerusi PPPM N.Alagan berkata penduduk Kampung Bunga Raya masih tidak mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu bagi setiap rumah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

"Kenapa tidak ada masa untuk rakyat tetapi dalam perhimpunan Bersih 3.0 (di ibu negara 28 April lepas) mereka ada masa untuk hadir?" katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
    1~BUKTI 1
    2~BUKTI 2
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4 * (NEW)
    5~BUKTI 5 * (NEW)
    6~BUKTI 6 * (HOT)

    Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



    Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Post a Comment