Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa
dilakukan 'orang dalam parti PKR" sendiri.
Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin
mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat
kerana perebutan jawatan dan ingin
mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang
luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan
dedahkan," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar
Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.
Menurutnya dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video
aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.
"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang
lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebuah buku mengenai perkahwinan
campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan
mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di
negara ini.
Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan
pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri
kepada Tuhan tanpa mengira agama.
"Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh
berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam...buku ini sangat berbahaya
kepada akidah (orang Islam)," katanya.
Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad
Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer
Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu
penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Zulkifli berkata penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan
siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam
di Negara ini.
0 Komen