Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dan kesal
dengan satu usaha untuk mem`bunuh’ penjaja-penjaja Melayu pada bulan Ramadhan
ini di Jalan Taiping, Klang, di mana pada tahun ini, penjaja-penjaja Melayu
hanya dibenarkan berniaga selama dua minggu (14 hari).
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jalan Taiping merupakan
satu kawasan yang sangat strategic di Bandar Klang, di mana sebelum ini
penjaja-penjaja Melayu ini dibenarkan berniaga lebih dari tiga puluh (30) hari
dalam bulan Ramadhan untuk menjual barang-barang bukan juadah seperti pakaian,
kasut dan barang-barang keperluan Hari Raya.
“Tapi kali ini, Menteri Besar membuat arahan supaya penjaja-penjaja
Melayu ini hanya boleh berniaga selama 14 hari. Ini amat memeranjatkan kita
kerana penjaja-penjaja Melayu ini hanya berniaga setahun sekali dan mereka
berniaga di kawasan yang sangat strategik dan mereka berniaga pada bulan
Ramadhan dan pembeli-pembelinya juga hampir keseluruhannya orang Melayu.
Sebelum ini tidak timbul masalah, tetapi pada kali ini
penjaja-penjaja ini telah mengadu kepada GAPS kenapa kerajaan negeri hanya
membenarkan mereka berniaga hanya untuk 14 hari,” ujarnya yang juga mantan
Ketua AMK Negeri Selangor.
Ujarnya, Ramadhan pertama sehingga ke Ramadhan ke-14, tidak boleh
berniaga di Jalan Taiping, tetapi pada Ramadhan ke-15 sehingga ke Ramadhan ke29
atau ramadhan ke-30 baru boleh berniaga.
“Dalam masa yang sama, kita juga melihat kenaikan harga, contohnya
seperti kenaikan harga untuk menghantar borang permohonan, RM300 tetapi dulu
RM100 sahaja, penggunaan lessen dulu tidak ada tapi sekarang dikenakan RM200.
Penggenaan wang RM1000 untuk wang pertaruhan, dulu tidak ada tapi sekarang
RM3000.
Saya fikir ini merupakan usaha-usaha untuk mem`bunuh’ peniaga-peniaga
Melayu di Bandar Klang. Untuk berlaku adil kepada seluruh peniaga dan penjaja
kecil Melayu di Bandar Klang, MB kena tarik balik perkara ini. Orang Melayu
wajar diberikan hak untuk berniaga di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan
Ramadhan ini, bukan 14 hari,” tambahnya.
Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri dan MB
Selangor untuk membenarkan orang Melayu di Bandar Klang selama 30 hari dalam
bulan Ramadhan ini.
1:00 PM
itulah perubahan,kalau kita sanggup mengubah mestilah sanggup berubah,kan kita yg memberikan pisau,jadi jangan marahlah kalau pisau tu yg akan melukakan kita.
1:39 PM
pandai pilih , pandai tanggung laa. GAPS tak perlu susah susah. Mereka lebih bijak memilih dan berani tanggung. Lebih baik GAPS bantu melayu kat kawasan yang penduduknya tahu berterima kasih.
2:25 PM
kalau melayu mainkan melayu yang untong apa lagi cina lah dap,dia ketawa kan melayu selalu gadoh sama sendiri.patut orang melayu mesti tolong orang melayu seperti negara malaysia rata2 ramai orang dan memerintah melayu tapi banyak hasat dengki.sampai bila2 melayu takan maju.......taubatlah