Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000
di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam. Antara aturcara yang diwar-warkan di internet
ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.
Mulanya program ini disebut
sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS,
pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa
percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini
adalah mustahil sama sekali. Justeru,
bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.
Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran
sememangnya berasas. Ini kerana,
program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami
kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin. Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti
Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin.
Ditambah dengan pendedahan
yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar
tertekan sehingga memaksa ‘Ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai
jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut. Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat
menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh
Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.
Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan
tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau
pembangkang dalam PRU yang akan datang.
Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat
baru untuk menghadapi pilihanraya ini.
Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan. Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti
penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi. Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk
di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.
Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan
Masjid Zahir, Alor Setar. Beberapa
masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’
dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ
semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini.
PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih
awal. Masjid-masjid dan surau-surau juga
rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan.
Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah,
Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya
Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita,
depa halau macam samseng. Sekarang kita
pegang.”
Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk
mengadakan Pilihanraya.
Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan
politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’
dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini.
Hakikatnya, Azizan tersangat
‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya. Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak
mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam
pilihanraya kali ini. Desas-desus dari
dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi
kali ini.
Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja
yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan
Anwar ataupun Kit Siang.
PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti
amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang. Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan
Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini
diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah
drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap
mereka. Antara langkah tersebut juga
mungkin termasuk pengunduran Azizan.
Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS
tetapi juga Azizan.
1:02 PM
Cuak ke bang tulis artikel mencuakkn org lain? haha! siapa makan cili dia terasa pedasnya.
6:03 PM
DATUK YIP Kum FOOK, MCA PENGERUSI GOMBAK menghina dan ANTI Sami-Sami Buddha.
Dengan berhormati penganut ke dalam Dhamma,
Saya ikhlas hendaklah menggunakan bahasa secara terbuka pengalaman pahit yang sebenarnya telah berlaku di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI NO: 19-21 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Saya tidak berpuas hati dengan Pengerusi MCA Bahagian Gombak (Yip Kum Fook) dan Pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (Yip Kum Fook) kerana dia menggunakan cara yang ganas dan sombong dalam membawa masuk sekumpulan individu dari tempat-tempat lain untuk memprovokasi dan memijak sucidarat dan tanpa apa-apa sebab bunyi yang dipanggil polis untuk menahan Sami apabila bertentangan untuk mengaibkan penyembah Buddhisme.
Saya amat ingin bertanya di sini bahawa apa dosa besar dan jenayah telah dia telah melakukan setakat anda peguam Datuk Yip Kum Fook dengan cara atau oleh penjahat yang dipanggil polis untuk menahan seorang rahib yang seperti dia?
Saya datang dari Pulau Pinang, saya adalah pendatang baru dan saya sementara meletakkan di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI untuk mengkaji dan belajar untuk mempraktikkan Buddhisme. Ketika di kuil tersebut, saya tidak tahan dengan cara yang peguam Datuk Yip Kum Fook berkelakuan, sikap anda tidak sopan, sombong dan tidak terkalahkan dalam merawat ketua Sami di Kuil.
Kerana saya berkata beberapa perkataan mengenai kelakuan anda kepada anda peguam Datuk Yip Kum Fook, anda menggunakan cara-cara kotor untuk menyakiti Sami. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan membuang satu contoh yang sangat buruk.
Untuk pengetua sebuah sekolah, jika pelajar itu dan telah melakukan suatu kesalahan, pihak polis mestilah sebagai perkara ihsan bertemu dengan pengetua, cuba untuk memahami situasi sebenar, sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Ini adalah amalan biasa.
Tetapi ia memohon maaf untuk mengatakan, bahawa peguam Datuk Yip Kum Fook yang dirinya adalah seorang peguam memilih untuk mempunyai dilakukan. Jika tidak, dia tidak bertindak selaras dengan ajaran Agama Buddha dan memandang rendah kepada semangat Buddhisme untuk satu tujuan, menunjukkan bahawa dia adalah pengerusi yang kuat Bahagian MCA Gombak dan pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI. Beliau menuntut pihak polis untuk menahan Sami Buddha untuk merealisasikan motif beliau
Ia amat bertuah yang disebabkan oleh hakikat bahawa agama itu sendiri adalah satu perkara yang sensitif, malah anggota polis Melayu difahami dan dihormati agama, budaya dan adat resam kaum lain, jadi mereka tidak terburu-buru mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak, akibatnya akan menjadi bencana.