Lajim Ukin Keluar UMNO, Sertai Pembangkang?


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.

Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.
           
"Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Semalam Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang.
           
Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui.

"Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat... ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. Anonymous
    5:58 PM

    nak blah....blah la....tapi lepas ni aku harap UMNO jangan terima dia lagi.....orang mcm ni tak de jati diri...tak mcm orang semenanjung.....taat setia tak berbelah bagi.....

  2. Anonymous
    8:08 PM

    Baca bagi habis laporan tu beeek...Kalau bukan Lajim yang bantu Umno di Sabah masa PBS berkuasa BN tidak akan dapat Negeri Sabah..Kenalah kenang jasa beliau sikit...Oleh Mat Bond

  3. Anonymous
    12:04 AM

    saya yakin Datuk Lajim masih setia bersama BN, jangan cuba putarkan fakta..

  4. Anonymous
    12:37 PM

    Masaalahnya masIh ramai ahli UMNO yg percayakan malaysiakini...xsen je

  5. Kenalah baca laporan nie sampai habis. Jangan baca tajuk sahaja nak buat penilaian negatif kepada Datuk Lajim. .... Datuk Lajim nie Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.... Timbalan Presiden aku tu beb

  6. Kenalah baca laporan nie sampai habis. Jangan baca tajuk sahaja nak buat penilaian negatif kepada Datuk Lajim. .... Datuk Lajim nie Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.... Timbalan Presiden aku tu beb

  7. Kenalah baca laporan nie sampai habis. Jangan baca tajuk sahaja nak buat penilaian negatif kepada Datuk Lajim. .... Datuk Lajim nie Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.... Timbalan Presiden aku tu beb

Post a Comment