Bukan Saja MB Selangor, Penasihat Ekonomi RM1 Juga Perlu Jawab Isu Talam


Isu berhubung membabitkan Talam Corporations bukan sahaja perlu dijawab oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi turut membabitkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim  berkata dakwaan itu bukan suatu boleh dipandang ringan dan kedua-dua individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sejajar dengan jawatan masing-masing sebagai Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi.

“Memang menjadi tanggungjawab Menteri Besar untuk memberi penjelasan, tetapi Anwar juga terbabit dalam perkara ini sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, beliau seharusnya tahu setiap apa jua yang ingin dilaksanakan terutama membabitkan suatu jumlah yang besar.

“Sebagai penasihat ekonomi, Anwar bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan kepada Menteri Besar terhadap apa yang ingin dilaksanakan kerana ia membabitkan kepentingan awam, kepentingan rakyat Selangor,” katanya di sini.

Menurutnya, jika benar dakwaan itu tidak benar seharusnya Anwar dan Khalid tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku bukannya membiarkan orang ramai membuat tanggapan sendiri.

“Sehingga kini tiada sebarang ulasan daripada Anwar terhadap dakwaan berkenaan, sedangkan Khalid pula cuba berdolak dalik dengan mengatakan Kertas Putih mengenai perkara itu akan dibentang pada Bajet 2013 nanti.

“Mengapa perlu tunggu sehingga pembentangan Bajet 2013, cerita mengenai Kertas Putih bukanlah cerita baru, malah pernah diperkatakan pada 2010 tetapi sehingga kini ia masih tidak dibentangkan, apakah ini semua mempunyai agenda tertentu” katanya.

Ruslan berkata, kegagalan untuk menjawab dakwaan berkenaan mungkin mempunyai cerita disebaliknya, mereka khuatir jika perkara itu didedahkan akan membuka lebih banyak cerita tersembunyi yang tidak diketahui umum. 

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment