Kegagalan
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada
Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor,
menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah
Klang.
Penyelaras
Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan
Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji
rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah
penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.
"Dalam
hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi
gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.
"Oleh
itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu
rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam
komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini hari ini.
Mohd
Zin berkata, kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak
menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus
atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.
"Kadar
penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan
pada musim panas," katanya.
Mohd
Zin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif Syabas
Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan
bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan
kekurangan bekalan air yang semakin serius.
Ruslan
dilaporkan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis
air apabila paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua peratus,
jauh di bawah 'paras selamat' sekurang-kurangnya 20 peratus.
Mohd
Zin berkata, lebih 30 peratus panggilan yang diterima hotline yang dikendalikan
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) adalah berkaitan isu air yang
dihadapi mereka yang tinggal di kawasan berbukit.
PDK
berkenaan, yang menempatkan 32 orang kurang upaya berusia antara tiga bulan dan
40 tahun, mula beroperasi pada 2003 dengan peruntukan awal RM100,000.
Pada
majlis itu, Mohd Zin, yang juga Ahli Perlimen Sepang, mengumumkan pemberian
peruntukan RM50,000 kepada PDK berkenaan untuk membiayai kerja pembesaran
bangunannya.
0 Komen