Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) berasa
hairan dan pelik, apa istimewanya Rafizi Ramli sehinggakan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim beriya-iya mahu menaja sepenuhnya kos guaman Rafizi
yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran
perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas
media pada Mac lalu.
Presidennya, Armand Adha Abu Hanafiah hari
ini mempersoalkan tindakan terbaru yang mahu dibuat kerajaan negeri, dan
mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengklasifikasikan keperluan dan kehendak yang
memaksa kerajaan negeri dalam menaja kos guaman Rafizi ini, keistimewaan yang
sukar untuk dinikmati oleh anak Selangor yang lain.
“Apa yang Kerajaan Selangor mahu buktikan? MB
Selangor, Khalid mahu gunakan duit titik peluh rakyat Selangor untuk menaja kos
guaman Rafizi. Beliau sudah lupakah Rafizi sebelum ini menerima gaji puluhan ribu
sebulan daripada kerajaan Selangor.
Di mana letaknya ketelusan dan integriti kerajaan
Pakatan Selangor? Suka-suka pakai duit rakyat ibarat duit ‘mak bapak’ dia untuk
menanggung yuran guaman orang yang telah menyalahi undang-undang,” ujarnya yang
kesal dengan tindakan Khalid, dan mahu rakyat Selangor yang turut mengalami
masalah tindakan undang-undang untuk meminta kerajaan negeri melalui Geran
Selangorku, dalam membantu menangung kos guaman mereka.
Tambahnya, Rafizi ini bukanlah rakyat
marhaen. Dalam masa yang sama, tindakan PKR melancarkan tabung untuk membiayai
yuran Guaman Rafizi, adakah kutipan ini akan diauditkan memandangkan ianya juga
merupakan duit rakyat Selangor .
“Persoalannya di sini, apakah asas dan
keperluan sehingga kerajaan Selangor menanggung kos guaman Rafizi sedangkan
beliau mampu? Apakah relevannya buat kutipan derma titik peluh rakyat Selangor
sedangkan gaji Rafizi sebelum ini puluhan ribu ringgit sebulan yang dibayar
oleh Kerajaan Negeri?
Saya sebagai warga rakyat Selangor sama sekali
tidak setuju dengan tindakan pihak MB Selangor dalam isu ini kerana ianya
melibatkan pemimpin PKR yang hakikatnya cukup mampu untuk menangani masalahnya
sendiri. Kalau nak bayarkan pun, adalah PKR, parti beliau sendiri dan bukannya
kerajaan negeri.
Tan Sri Khalid, duit kerajaan negeri Selangor
adalah hak rakyat, bukannya hak kepentingan krooni-kroni pakatan. Selesaikanlah
dulu masalah rakyat Selangor seperti isu sampah dan isu air, kerana ianya
merupakan kepentingan dan hak rakyat Selangor, bukannya hak Rafizi Ramli,”
ujarnya yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Petaling
Jaya Utara (PJU).
1:01 PM
rakyat selangor yg ada kes mahkamah try la jumpa mb mintak tolong taja kos guaman. tak kiralah apa jenis tuduhanpun. membunuh ke, menipu ke, merogol ke, sebab kerajaan selangor pemurah.
2:04 PM
PKR mmg takleh harap kat selangor ni..ape yg di tinggalkan utk rakyat selangor? tinggalkan longgokan sampah dan kepala paip..serta kondom2 yg bersepah di tepi2 jalan..