Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Selangor, Datuk Seri Noh Omar membidas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa sering menyalahkan pihak lain berhubung isu
yang berlaku di negeri itu termasuk isu membabitkan Universiti Selangor
(Unisel).
Beliau berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya
menyalahkan kerajaan BN kerana universiti itu sebelum ini tidak pernah
mengalami masalah sepanjang berada di bawah pentadbiran BN.
Sepatutnya kerajaan Selangor salahkan diri
kerana gagal membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan mereka
sepatutnya menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab.
Mereka boleh pula biayai kos guaman kes
mahkamah membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi
Shafiei dan pengarah strategik Parti Keadilan Selangor (PKR) Rafizi Ramli
menggunakan duit rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
program "Maal Kacau Dodol" anjuran Badan Amal Selangor (Kasih) dan
Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak
Malaysia) di Puncak Alam semalam.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani turut membidas kenyataan Abdul Khalid sebelum ini bahawa 44 buah
asrama Unisel yang dibina oleh JNSB tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF)
dan menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
0 Komen