Kemelut terkini yang berlaku Unisel baru-baru ini yang menyebab pelajar
tidak dibenarkan menduduki asrama sehinggakan segelintir pelajar terpaksa
menjadikan ruang kaki lima Dewan Biru bersebelahan pejabat Jana Niaga Sdn Bhd
dan surau asrama sebagai tempat berteduh sebagai satu yang amat memeranjatkan
dan tidak wajar berlaku.
Pengerusi Sekretariat Anak Muda Negeri Selangor (SERANG), Budiman
Mohd Zohdi berkata, kita melihat kebajikan dan keselamatan pelajar tidak
diutamakan pihak pengurusan Universiti, bagaimana sebahagiannya terpaksa pulang
dan sebahagiannya terpaksa dihalau balik disebabkan ruang penginapan yang tidak
dapat dimasuki.
“Persoalan kepada perkara ini, mana perginya pejuang-pejuang
mahasiswa yang mereka nobatkan seperti Khalid Ismath, seperti Adam Adli yang
bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu yang berkaitan mahasiswa.
Kenapa bila isu yang berkaitan dengan isu Unisel, mereka diam dan
jadi bisu. Ini yang kita lihat bagaimana sebahagian mahasiswa ini menjadi alat
kepada pihak pembangkang secara membuta-tuli memperjuangkan isu-isu mahasiswa
tanpa mereka sedari sebenarnya dalam masa yang sama mereka tidak memperjuangkan
isu mahasiswa itu sendiri,” ujarnya mengulas sikap mendiam diri sesetengah ‘hero
mahasiswa’ yang sebelum ini hebat memperjuangkan isu pendidikan seperti kempen mansuhkan
PTPTN dan kempen pendidikan tinggi percuma yang pernah diterajui Adam Adli satu
ketika dulu.
Tambahnya, kita minta kerajaan negeri Selangor pimpinan kerajaan
pakatan berhenti dari memperalatkan mahasiswa.
“kita tidak mahu kalau kena pada mereka masalah itu, mereka pendam
dan tidak memperjuangkan isu mahasiswa,” ujarnya yang juga merupakan Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
2:55 PM
Ya ya mana itu org, pundi kuti punya org.
3:16 PM
ini orng selangor punya cerita kita dah pilih pkr...that is our choice..he...he
3:32 PM
banyak2 universiti kenapa pilih Unisel yang bermasalah
4:39 PM
cuba kalau yang kena UPSI mau berapi2 kelaur daripada mulut adam adli, pastu main ramai ah orang gelendegan kat depan UPSI tu