Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau terperanjat
dengan kenyataan Menteri Besar baru-baru ini bahawa manifesto air percuma PRU12
yang lalu bukan satu perjanjian.
“Jadi kita nak desak Menteri Besar kalau dia tak boleh tunaikan
manifesto parti yang beliau wakili, letak jawatan. Beliau boleh letak jawatan
dan bagi tanggungjawab dan amanah tersebut kepada orang yang boleh menunaikan
manifesto yang dijanjikan PKR dalam PRU 2008.
Dalam hal ini kita tak cerita dalam banyak hal yang ada dalam
manifesto, tetapi kita bercakap dalam satu soal sahaja iaitu air percuma kepada
rakyat negeri Selangor yang layak,” ujarnya kepada pemberita selepas
bersama-sama dalam demostrasi aman menuntut air percuma oleh penduduk
Pangsapuri Vista Lavender di sini hari ini.
Tambahnya, penduduk Lavender Vista berdemostrasi haru ini adakah
untuk menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma seperti yang tercatat
dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Apa yang mereka tuntut dari kerajaan negeri jelas. Pertamanya, air
percuma secara serta merta dan keduanya, kerajaan negeri bayar RM11.40 kepada
setiap individu di kawasan ini bermula dari tahun 2008. Ketiga, kita nak
ingatkan kerajaan negeri agat tidak menjadikan alasan meter pukal sebagai
helah. Jangan momok-momokkan pemikiran rakyat, jangan tipu dan kelentong
rakyat,” ujarnya.
Tambahnya, jangan jadikan alasan meter pukal untuk tidak memberi
air percuma kerana dalam manifesto mereka tidak pernah menyatakan meter pukal
dan sebagainya untuk diberikan air percuma.
Rakyat juga boleh melayari blog www.hasrat-selangor.blogspot.com
untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka selain menyalurkan maklumat.
Saya harap agar seluruh rakyat Selangor yang belum dapat air percuma ini agar
bersama-sama bersatu dengan rakan-rakan kita di Lavender Vista supaya bangkit
menuntut hak kita,” ujarnya lagi.


5:59 AM
0oLam ghd hair
uQla michael kors tote
fEpm ghd
1uGkr ugg boots
2gJwh ghd straighteners