Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak
menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri
dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka. Malah, mereka juga sedang berusaha untuk
berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka
sebagai tanda ikhlas dan insaf.
Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta
maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang
diterjemahkan. Tiada permohonan maaf
secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf
secara umum kepada rakyat Malaysia.
Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan
kepada kita.
Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk
menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka.
Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas
menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk
menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.
Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa
bimbang jika sifat perkauman mereka
kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela. Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan
membela semua yang terlibat secara adil.
Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR.
Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan
sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira.
Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela
kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam.
Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan
kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk
punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib. Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti
penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan
sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang
rasa dan sengaja ingin menutup hak
bersuara rakyat.
Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan
perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi
menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang
ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.
Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka
bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.
Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad
membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai. Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak
Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam.
Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan
dan keinsafan dalam permohonan maafnya.
Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak
dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara
yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun
untuk memohon maaf.
Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu
untuk diperkembangkan dan diperkuatkan.
Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir
harbi.
8:53 AM
Agaknye kalau kat negeri Cina dah kene pacung ke-dua2 nya...xsen je