Tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim bahawa asrama Unisel yang diselenggara Jana Niaga Sdn Bhd tidak
mempunyai permit menduduki (CF) sehingga menyebabkan Unisel tidak membayar
hutang kira-kira RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk
Seri Noh Omar berkata, inilah sikap menuding jari kesalahan diri sendiri kepada
pihak lain sudah menjadi lumrah pemimpin kerajaan negeri, khususnya Tan Sri
Khalid Ibrahim sendiri.
“Tidak ada CF punca Unisel tidak mahu bayar hutang, alasannya.
Masih tak mahu mengaku, Unisel dah nak bangkrup, dah tidak ada duit, nak cari
alasan lain pula. Dia kata asrama tu tidak ada CF.
Saya ada bukti bahawa CF telah pun dikeluarkan 3 September 2007. Dia
kata tidak ada CF tapi saya ada bukti CF ini. MB ini cakap apa sebenarnya, nak
menipu tak habis-habis,” ujarnya mengulas perkembangan kemelut yang berlaki di
Universiti Selangor (Unisel).
Dalam masa yang sama, beliau difahamkan bahawa selepas pihak Jana
Niaga menghalang pelajar mendaftarkan diri masuk asrama baru-baru ini, pihak
pengurusan Unisel memujuk dan cuba berunding dengan pihak Jana Niaga, sehingga
pelajar dibenarkan masuk ke asrama.
“Saya difahamkan, sekarang ini pihak Unisel masih belum membayar
Jana Niaga. Katanya janji nak bayar tapi difahamkan masih belum bayar lagi.
Hutang banyak, kita pun ada bukti juga. Hutangnya (Unisel) banyak, dah dekat
RM15juta dia tak bayar sejak bulan Jun 2009, tak bayar.
Ini menunjukkan pentadbiran mereka kucar kacir. Sekarang inilah
mereka kata nak ambil aset dan sebagainya, itupun sebab saya dah bangkitkan.
Sebabnya dia dah tak boleh menipu rakyat, saya nak juga tanya Menteri Besar,
kalau dah tahu Unisel rugi, mengapa beli bangunan.
Beli satu bangunan kepunyaan PKNS, pembelian unit rumah di Kota
Puteri bernilai RM23juta. Pembelian 113 unit rumah dan 4 unit rumah kedai di
Kota Puteri dari PKNS,” tambahnya
Pembelian tersebut menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan
Unisel dalam menambah hutang dan sebagainya.
“Untuk apa pembelian ini, kononnnya untuk dijadikan asrama. Asrama
yang ada pun kosong, dulu 5000, sekarang ini dengarnya dah tinggal 3000, apa
tujuan dia beli.
Apa tujuan dan motif beli bangunan PKNS di Kota Puteri ini? Sebab
nak selamatkan PKNS? Nak lakukan harta PKNS? Yang akhirnya budak-budak yang menjadi
mangsa,” tambahnya.
Menurutnya, inilah corak kepimpinan dan pentadbiran PKR yang boleh
diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’. Zaman BN dulu dah elok membina dan
memajukan Yayasan Selangor, dah bina Unisel, mereka masuk nak tunjuk pandai
akhirnya kegemilangan Yayasan Selangor dan Unisel berkubur di bawah pentadbiran
kerajaan pakatan Selangor.
2:57 PM
Rafizi lembu knp senyap?
Masa NFC beli kondo pandai lak menyalak.
3:54 PM
CIFUT
Rafizi LEMBU mmg xbole mnyalak ...dia cuma pandai mengeBOOOOOHHHHH jer...
4:55 PM
Dia sibuk kira macamana nak beli kereta murah!
6:49 PM
kakakaka....
Dah namanya pun rafizi lembu ... nak buat camna....