Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar
Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing.
Kata mengata, cacai mencaci sesama sendiri nampaknay sudah menjadi
suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.
Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin yang juga orang
nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid
tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan
Putrajaya pada PRU 13 nanti.
Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan
sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke
pusat.
Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang
hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS
boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri
besar.
Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu
politik yang memakan diri sendiri, mangsa yang paling senang dijadikan kambing
hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara
profesional.
Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar
apa yang beliau ucapkan minggu lalu.
Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan
jawatan MB jika Khalid ke Pusat?
Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin
kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi
jawatan itu oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.
Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang
itu tidk dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar
dari Selangor sebelum PRU lagi.
Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun
disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam
internet baru-baru ini.
Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa
parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru
menggantikan Khalid, malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya.
Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin
dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas
takhta politik daripada sekutunya itu.
Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu
kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat.
Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun
Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan
kroni dan kepentingannya.
Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan
mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden
pada pemilihan parti tahun depan.
Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana
Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan
pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada
2010.
Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR
kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau
selaku pengarah pilihan raya pusat.
Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah
lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan
Nasional.
Bak kata pepatah Melayu, yang di yang dikejar tak dapat yang
digendong pula keciciran.
Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada
kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.
Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu
dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut
gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu.
Jika Anwar gagal, Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia
juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar
dan tidak lebih daripada itu.
BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di
Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008.
Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan
tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah
urus Pakatan Rakyat di negeri itu.
Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di
ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka, menuding
jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada
diri sendiri.
4:05 PM
seperti zaman dahulu..zaman nabi lut atau zaman firaun...zaman kejatuhan rom dimesir..bertelagahan
punca kehancuran!!!!!
10:06 PM
Ada hati nak jadi MB hehehehe
PRU13 ni BN ambil balik...maka Azmin boleh jadi MB di Kg Pinang Sebatang atau Kg Pasir berdengung tidak pun Kg Al Pening Lalat..hahaha
Bini pun bagi orang bantai nak jaga rakyat dan negeri konon?...
Pirahhhhhh
6:05 PM
wVpi coach outlet online
sNfr ugg store
mTvb michael kors sale
7pOnx cheap uggs
6kYra chi hair straightener
3nSqz michael kors purses
5lXip nfl football jerseys
3uDlg coach outlet
9jCea north face jackets
5kAuu ugg online
0jGiu ghd iv
5oOso michael kors outlet
2sZbc nfl shop canada
9wInf planchas ghd baratas
5wQzc ugg sale