Dasar majukan Industri Penternakan Negara Akan Dirangka- Noh


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan merangka Dasar Ternakan Negara bagi membantu para penternak di negara ini menjalankan kegiatan mereka secara lebih tersusun dan produktif.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata ia bagi memenuhi permintaan bekalan daging di negara ini yang semakin meningkat.

Katanya menerusi dasar itu pelbagai masalah yang dihadapi oleh para penternak akan diberi perhatian termasuk soal tanah.

"Industri penternakan berpotensi untuk dimajukan selain berupaya memberi impak besar dan manfaat kepada penternak di sepanjang rantaian nilai bermula daripada aktiviti menternak sehingga ke peringkat pemprosesan makanan serta produk berguna," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat  Majlis Ruminan Negara di Lembaga Pertubuhan Peladang.

Noh berkata mesyuarat yang turut dihadiri pegawai daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Luar Bandar dan Wilayah membincangkan keperluan  mewujudkan satu agensi di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi melaksanakan dasar itu nanti.

Beliau berkata industri penternakan perlu diberi perhatian khusus dalam
menentukan penghasilan daging dan produk daging dalam negara mencapai tahap kualiti dan keselamatan makanan yang ditetapkan.

Katanya permintaan terhadap daging lembu/kerbau dijangka terus meningkat daripada 162,000 tan metrik pada 2010 kepada 232,000 tan metrik pada 2020, manakala permintaan untuk daging kambing/bebiri juga dijangka meningkat daripada 23,000 tan metrik pada 2010 kepada 37,000 tan metrik pada 2020.

Ditanya mengenai isu penternak lembu yang tidak mempunyai tanah, Noh berkata beliau telah meminta AgroBank menyediakan peruntukan pinjaman sebanyak RM300,000 kepada setiap penternak bagi membolehkan mereka membeli atau menyewa tanah terutammanya bagi yang menjalankan usaha itu di tanah rizab kerajaan atau milik orang lain.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment