Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh
bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga
(Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus
diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus
diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang
pada pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi
penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita
diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini
kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan
mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat
sini malam tadi.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata negara
memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera
dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara republik.
Beliau berkata kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya
yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus
memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU-13 akan datang.
Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi
PAS yang tidak membincangkan isu
kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai
kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan PAS ke-58.
"...saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan
hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang
(nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti
Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?," katanya.
5:59 AM
5lBxm ghd hair straighteners
jSaq michael kors handbags outlet
fKcr ghd nz sale
6oOvy ugg store
4hQhn ghd straighteners