Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan
dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan
pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di
ibukota Kuala Lumpur.
Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112
atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah
Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013
melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.
Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning
fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap
kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula
berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari
Kelantan.
Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud
"si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta
membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan
sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.
Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur
optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya
sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari
seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu
yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta
jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma
40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.
Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin
gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat.
Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah
menunjukkan belang penipuan?
Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna
warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta
berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.
NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan
memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya
bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan
aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0
pada Julai 2011.
Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada
April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan
peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.
Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja
merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak
berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman
awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat
dengan menyalahkan pihak polis pula.
Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam
sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan
bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta
saintifik membuktikan sebaliknya.
Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan
gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid
Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya
dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.
Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren
yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu
para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH
menyertai pasan saham BSKL.
Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko
tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan
berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke
tangan orang luar.
Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya
telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa
Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu
penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu
dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.
Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan
pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di
luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang
dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak
menerima royalti minyak.
Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi
bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan
perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat
melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .
Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan
dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke
kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil
kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri
Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian
wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu
diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan
sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan
bijih besi.
Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar
telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia
di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang
bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan
dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.
Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan
penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama
mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena
PRU 13 nanti.
Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan
dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa
mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.
Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua
sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun
mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai
hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan
mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.
0 Komen