Sukar
untk menerima hakikat kehilangan isteri kesayangan, namun Wan Amran Wan Shamsuddin,
39 terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya telah tiada akibat lemas selepas
pergi melihat pukat bersama suaminya di Sungai Lanjut tidak jauh daripada
rumahnya, 25 Disember lalu.
Wan Amran berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi
Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Adun Permaisuri, Abd Halim
Jusoh di rumah Wan Amran di Kampung Seri Bayas dekat Hulu Selandang, semalam.
Menurutnya, dia cuba menerima hakikat isterinya sudah tiada lagi. Bagaimanapun
katanya, dia juga gagal mengawal rasa sedih setiap kali anak ketiganya, Wan
Mohd Saqimi, 9, duduk diribaannya sambil menitiskan air mata.
“Dua daripada empat anak tinggal bersama saya iaitu Wan Mohd
Saqimi dan anak kedua, Wan Mohd Khusyairi, 12, manakala Wan Mohd Firdaus, 16
dan Wan Amni Nuurinsyirah, 4 tahun tinggal dengan keluarga mentua,” katanya.
Sementara itu, dalam lawatan itu Sohaimi dan Abd Halim yang
terpaksa menaiki bot memandangkan jalan ke rumah Wan Amran ditenggelami banjir
turut menyampaikan sumbangan.
Sohaimi turut menyarankan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan
Pegawai Pelajaran Daerah menganjurkan taklimat bahaya serta implikasi banjir.
“Saya syorkan setiap sekolah khususnya di kawasan yang sering
dilanda banjir pada musim tengkujuh disaran mengadakan taklimat kepada para
pelajar menjelang cuti persekolahan mengenai aspek keselamatan semasa mengalami
bencana.
Ini sebagai suatu langkah pencegahan mengelak daripada ditimpa
musibah kerana kebanyakan pelajar mungkin melihat banjir sebagai suasana
menyeronokkan untuk bermain air bersama rakan-rakan.
Kalau boleh pihak sekolah mengadakan taklimat khas atau penerangan
seawal penggal ketiga sebelum cuti persekolahan bermula dan jadikan ia satu
agenda wajib setiap tahun agar mereka tidak lalai dan sentiasa beringat,”
ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Selain keluarga Wan Amran, beliau turut menziarah keluarga mangsa
banjir di Kampung Kebor Air, Manir di Kuala Terengganu.
Hadir sama, Adun Teluk Pasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan
Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.
Dalam pada itu, Sohaimi berkata, ziarah itu sebagai melahirkan
simpati terhadap nasib keluarga mangsa dan aktiviti kebajikan seumpamanya
menjadi aktiviti penting dalam gerakan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pemuda UMNO melalui program Bepu Prihatin.
9:53 PM
Assalamualaikum.
Dimaklumkan blog anda telah disenaraikan dalam ruangan blog politik kami.
harap maklum.
www.penaminangreturn.blogspot.com
9:53 PM
Assalamualaikum.
Dimaklumkan blog anda telah disenaraikan dalam ruangan blog politik kami.
harap maklum.
www.penaminangreturn.blogspot.com