Kemunculan personaliti agama yang sedang meningkat
popular, Ustaz Azhar Idrus dalam Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur, Pahang
beberapa hari lepas pada pandangan ramai pemerhati politik ia adalah satu
perkembangan menarik untuk dikupas dari pelbagai sudut.
Umum mengetahui selama ini Azhar Idrus dilihat dekat
dengan PAS seumpama jinak-jinak burung merpati di masa yang sama cukup kritis
dengan Kerajaan Pusat khasnya UMNO.
Lantaran itu tidaklah pelik bila mana para penyokong
PR khususnya PAS ghairah cuba mengambil kredit berikutan kebanjiran orang ramai
mengikuti program dakwah keagamaan itu dengan mempropagandakannya sebagai
petanda 'sokongan rakyat' kepada PR.
Namun disebalik keghairahan tersebut, hakikatnya
kesediaan Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob
meluluskan kegunaan Stadium Darul Makmur untuk menjayakan program wacana itu
membuktikan keterbukaan BN dalam memperkasakan program bercorak dakwah.
Sudah menjadi polisi BN apa sahaja program keagamaan
selagi ianya dilaksanakan dengan tulus ikhlas tanpa doktrin kepartian, maka
segalanya lancar tanpa halangan.
Bagaimanapun bila mana wacana yang disertai Azhar
Idrus itu turut mendapat liputan Berita Utama TV3, sesetengah pemimpin dan
penyokong PR bagaikan terhidu sesuatu yang tidak kena. Bagaikan ada udang
disebalik mi, kata mereka.
Kenyataan Azhar Idrus sebagaimana dipetik oleh Berita
Utama TV3, "sangat-sangat saya sokonglah, kerajaan mana sekalipun buat
benda-benda gini untuk anak-anak muda khususnya," dilihat oleh sebahagian
pemerhati seakan ada maksud tersirat untuk ditafsirkan.
Dari kenyataannya itu ia menggambarkan sokongan
terbuka Azhar Idrus dengan dukungan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dalam
menjayakan program keagamaan, sesuatu yang jauh berbeza dengan layanan Kerajaan
PAS Kelantan yang mengharamkan kuliah agama oleh Azhar Idrus di mana-mana Masjid
dan Surau di negeri itu.
Lebih menarik lagi kemunculan tiba-tiba Azhar Idrus
dalam wacana yang disokong oleh Kerajaan BN Pahang itu bagaikan memberi jawapan
kenapa beliau gagal muncul di malam pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
tempohari.
Barangkali polemik kalimah Allah s.w.t telah merubah
corak pandangan Azhar Idrus terhadap PAS dan PR selanjutnya kini dilihat
seperti bakal menyokong BN, ada kemungkinannya jika diambil kira kegagalannya
menyertai malam pra HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman.
0 Komen